Kemaskini Cukai Perkhidmatan

Kepada Pelabur dan Penerbit yang Dihargai,

Selaras dengan pengumuman terkini oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kerajaan Malaysia akan memperluaskan skop Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) untuk merangkumi perkhidmatan kewangan tertentu bermula 1 Julai 2025.

Sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, terdapat kemungkinan bahawa pihak microLEAP akan terkesan dengan pelarasan ini, terutamanya berkaitan dengan caj perkhidmatan kami.

Tiada Perubahan Serta-Merta
Buat seketika ini tiada perubahan akan dilakukan terhadap struktur yuran yang sedia ada untuk Pelabur dan Penerbit.

Apa yang Dijangkakan
Bermula 1 September 2025, pihak microLEAP kemungkinan akan mengadakan perubahan dalam cara SST dikenakan dalam yuran kami, terutama kepada Yuran Pelabur dan Yuran Penerbit. Tetapi, perubahan ini masih di dalam semakan dan kami sedang berusaha dan bekerjasama dengan pihak penasihat cukai kami untuk menentukan langkah seterusnya.

Komitmen Kami kepada Anda
• Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada struktur yuran kami, kami akan memaklumkan kepada pengguna kami dengan lebih awal.
• Sebarang SST yang dikenakan kepada anda akan dinyatakan dalam Helaian Terma anda.
• Pulangan pelaburan dan jumlah pembiayaan anda tidak akan terjejas kecuali dinyatakan sebaliknya.

Kami amat menghargai kefahaman dan sokongan berterusan anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di [email protected].

Yang ikhlas,
Pasukan microLEAP

Lihat Senarai Pembiayaan