Game On! Jom Pelabur Luar Biasa, Banyak Ganjaran Menanti Anda
Adakah anda bersedia untuk membawa Pelaburan anda ke peringkat seterusnya? Kami ada berita menarik untuk anda!
Bermula 1 Jun 2023, kami akan memperkenalkan sistem mata baru dalam “Liga Pelabur Luar Biasa” kami yang akan memberi ganjaran yang terbaik untuk anda! Apakah ganjaran terbaik tersebut?
Ia bukan lagi untuk 3 pemenang yang teratas sahaja! Kami juga akan memberikan RM10 kredit percuma kepada 30 pelabur pertama yang mencapai 30 mata dan ke atas setiap bulan.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom melabur dan kumpul mata ganjaran anda!
Belum sertai sebagai Pelabur?
Klik Disini & Daftar Sekarang!
Peraturan Pertandingan:
Sila lihat maklumat lanjut di bawah –
Setiap nilai mata yang anda perolehi akan membantu meningkatkan kedudukan anda dalam liga bermula dari Rookie, Apprentice Champion, dan seterusnya Sifu. Semakin tinggi kedudukan anda, semakin cerah peluang anda untuk mendapat potongan yuran pelabur anda.
Rookie (1 – 49 Nilai Mata)
Apprentice (50 – 299 Nilai Mata)
Champion (300 – 499 Nilai Mata: Yuran Pelabur akan dikurangkan kepada 1.5%)
Sifu (500+ Nilai Mata: Yuran Pelabur akan dikurangkan kepada 1%)
Kami teruja dapat melihat kejayaan Liga Pelabur Luar Biasa kami berkembang!
Selepas beberapa maklum balas yang hebat daripada Pelabur kami, kami memperkenalkan Sistem Nilai Mata Liga Baharu untuk memastikan ia lebih berdaya saing, sambil dapat memberikan ganjaran kepada Pelabur (Pelaburan-Auto) kami untuk mendapatkan tempat teratas pada bulanan & tahunan.
Nilai mata akan diperoleh sebaik sahaja anda melabur kedalam Nota Pelaburan microLEAP. Jika anda menarik semula pelaburan anda atau Penerbit/Peminjam (“Issuer”) gagal mendapatkan jumlah minima pembiayaan (80% dari jumlah yang dimohon) , dana anda akan dipulangkan dan nilai mata akan ditarik semula.
Jumlah nilai mata tidak akan terjejas jika Penerbit membuat penyelesaian awal atau penstrukturan semula Nota Pelaburan tersebut.
Nilai mata diperolehi berdasarkan insentif daripada Pelaburan-Auto, Jumlah Pelaburan, Tempoh dan Diversifikasi. Setiap 3 Pelabur teratas dengan nilai mata terbanyak pada Bulanan dan Tahunan akan menikmati hadiah kredit tunai. (Rujuk bahagian ‘Hadiah untuk butiran lanjut):
Jika beberapa Pelabur mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan yang lebih tinggi / tertinggi akan diberikan kepada Pelabur dengan jumlah Pelaburan tertinggi untuk bulan / tahun tersebut.
Kami juga memberikan Mata tambahan jika anda menggunakan ciri Pelaburan-Auto kami.
Ambil peluang dengan menggunakan ciri Pelaburan-Auto kami untuk mengumpul mata ‘Pelaburan-Auto’ yang penting ini untuk memastikan pelaburan anda dipelbagaikan kepada semua Nota Pelaburan yang diterbitkan.Rujuk Jadual ‘Sistem Nilai Mata Liga Pelabur Luar Biasa’ di bawah:
3 Pelabur yang memperoleh nilai mata ganjaran yang terbanyak pada bulan tersebut akan memenangi hadiah kredit tunai kepada pemenang Bulanan. Begitu juga kepada 3 pemenang pelabur Tahunan yang memperoleh nilai mata yang terbanyak pada tahun tersebut.
Sila lihat di bawah untuk maklumat lanjut mengenai hadiah tunai yang ditawarkan:-