Penasihat Shariah
2092

Masryef Management House

Penasihat Syariah

Penasihat Syariah kami, Masryef Management House (Masryef), adalah sebuah syarikat pengurusan Kewangan Islam yang mempunyai kepakaran dalam tiga fungsi teras iaitu Perbankan Islam, Kewangan dan Pengurusan Aset. Masryef terlibat secara lansung dalam perkhidmatan Penasihat Syariah, penyediaan program pengetahuan dan latihan berasaskan industri, serta menjalankan kajian bebas berkenaan prosedur, manual dan proses bagi memastikan Tadbir Urus Syariah dan pematuhan. Masryef merupakan Penasihat Syariah berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan juga berada di senarai panel Syariah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Masryef berusaha memberikan pelanggannya penyelesaian terbaik berdasarkan pengalaman di dalam industri berserta pengetahuan Shariah yang kukuh dan disokong oleh ulama In-House mereka yang terkenal.

Lihat Senarai Pembiayaan