Apakah konsep Syariah yang diterapkan microLEAP dalam Nota Pelaburan Islamik?

Nota Pelaburan Islamik microLEAP adalah berdasarkan prinsip Komoditi Murabahah (melalui Transaksi Tawarruq).Tawarruq melibatkan pembelian asset atau komoditi berdasarkan pra-pembayaran melalui Murabahah sebagai mod pembiayaan.

Selain itu, microLEAP juga menggunakan Kontrak Wakalah (Agensi) kerana microLEAP akan bertindak sebagai ejen (Wakil) yang menjadi perantara Penerbit dan juga Pelabur dalam platform Antara Rakan Setara ini.

Apakah Konsep Komoditi Murabahah dan Tawarruq?

Murabahah merujuk kepada penjualan dan pembelian asset dimana kos perolehan dan penambahan dinyatakan kepada Pembeli;

Tawarruq pula terdiri daripada dua (2) kontrak jual beli. Pertamanya, ianya melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara pra-pembayaran. Seterusnya, pembeli daripada penjualan pertama akan menjual aset tersebut kepada pihak ketiga serta merta dan secara tunai.

Apakah perusahaan / perniagaan ysng dianggap sebagai Patuh Syariah/tidak patuh Syariah?

Berikut disertakan beberapa aktiviti yang Tidak Patuh Syariah seperti dinyatakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

  1. Perbankan Konvensional
  2. Insurans Konvensional
  3. Perjudian
  4. Perniagaan Berkaitan Arak atau Minuman Beralkohol
  5. Perniagaan Berkaitan Khinzir
  6. Makanan dan Minuman Tidak Halal
  7. Perniagaan Berkaitan Tembakau
  8. Broker Saham atau Dagangan Saham dalam Sekuriti Tidak Patuh Syariah
  9. Aktiviti Hiburan Tidak Patuh Syariah
  10. Aktiviti yang Dianggap Tidak Patuh Menurut Syariah

Secara Amnya, segala aktiviti tidak berkaitan senarai diatas adalah Patuh Syariah.

Penasihat Syariah microLEAP akan memberi kata putus mengenai apa yang dianggap Shariah pada platform MicroLeAP.

Siapa yang boleh melabur di dalam Nota Pelaburan Islamik?

Sesiapa sahaja yang berdaftar sebagai Pelabur P2P di Platform microLEAP boleh melabur di Nota Pelaburan Islamik. Anda boleh cuba melabur, selagi anda ingin melabur di perniagaan dan industri yang beretika dan mengikut prinsip Syariah;

Lihat Senarai Pembiayaan