Mengapa Melabur?
microLEAP Investor | microLEAP
BAGAIMANA UNTUK MENJADI

Pelabur P2P microLEAP


Dengan hanya menggunakan PC, komputer riba atau telefon bimbit anda boleh memohon untuk menjadi Pelabur P2P di microLEAP. Hanya imbas atau ambil gambar dokumen pengenalan diri untuk dimuatnaik ke platform kami. Sebaik sahaja lulus aspek pemeriksaan pematuhan oleh kami, anda sudah sedia untuk melabur.

Direct and Impactful | microLEAP
Tambah Nilai

Baki Anda


Sebaik sahaja anda menambah nilai baki anda serendah RM50, melalui “payment gateway”, wang tersebut boleh dilaburkan kepada Nota Pelaburan yang dihoskan di platform kami. Untuk mengurangkan risiko kemungkiran oleh Issuer, kami mencadangkan supaya anda mempelbagaikan pelaburan anda dengan melabur di pelbagai Nota Pelaburan yang ada dengan amaun yang kecil.

Jika anda berubah fikiran, anda ada 24 Jam untuk berbuat demikian di pautan berikut "Retract Investment" .

Easy Selection of Issuers | microLEAP
Mudah

Pemilihan "Issuer"


Klik ke Pautan Funding List untuk mengetahui Issuer yang masih memerlukan dana. Maklumat berkenaan Industri, Jumlah Pembiayaan yang dipohon, Penarafan risiko kredit, kadar faedah dan maklumat lain yang boleh membantu Pelabur membuat keputusan yang tepat. Issuer boleh disaring melalui carian tarikh, amaun yang dipohon and kriteria-kriteria yang lain.

Fungsi “Auto Invest” iaitu pelaburan secara auto dapat ditetapkan oleh Pelabur. Pelabur boleh menetapkan kriteria-kriteria tertentu, dan ianya akan dilaburkan mengikut kriteria yang ditetapkan. Sila ke paut Auto Invest untuk maklumat lanjut.

Payments | microLEAP
BULANAN

Pembayaran Semula Pembiayaan


Prinsipal dan kadar faedah dibayar balik daripada Issuer terus ke baki yang tersedia anda setiap bulan. Sebarang bayaran balik dalam baki yang ada boleh dilaburkan semula ke dalam Nota Pelaburan baru mengikut kehendak Pelabur.

Semua Pelabur P2P yang baru mendaftar di microLEAP akan menerima Kredit Percuma RM10 untuk dilaburkan di platform kami!
RM10 lagi akan diterima sekiranya anda merujuk rakan untuk mendaftar!

Pembiayaan antara Rakan Setara (P2P / “Peer-to-Peer”) di Malaysia adalah satu bentuk pelaburan alternatif yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Dengan amaun serendah RM50, microLEAP membenarkan Pelabur P2P melabur ke dalam Nota Pelaburan (“Notes”), iaitu instrumen hutang yang dapat memberi pulangan dan pembayaran balik secara bulanan.

Jika anda berubah fikiran, anda ada 24 jam untuk menarik semula pelaburan anda hanya dengan klik “Retract Investment” di laman profil anda. Anda boleh semak Nota Pelaburan yang masih aktif di pautan berikut Senarai Pembiayaan.

Kelebihan microLEAP

Pelaburan Impak
Dengan melabur di platform kami, anda juga membantu sektor kewangan mikro iaitu dengan melabur kepada Issuer. Di Malaysia golongan B40 dan M40 kurang mendapat perhatian. Dengan pelaburan anda, sedikit sebanyak mampu menambah baik kualiti hidup mereka dan memberi kesan sosial yang positif

Insurans Mikro
Setiap Issuer akan dilengkapi dengan Insurans Kemalangan Peribadi samada untuk pemilik perniagaan atau tunggak utama perniagaan. Jadi, jika berlaku sebarang kematian atau kecacatan, Rakan Insurans kami akan membayar amaun yang masih tertunggak kepada setiap pelabur.Untuk keterangan lanjut anda boleh ke pautan berikut Insurans Mikro

Liga Pelabur Luar Biasa
Sebaik sahaja anda melabur, anda secara automatik akan menyertai “Liga” kami. Raih mata dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah wang tunai, potongan terhadap yuran pelabur dan meningkat naik untuk menjadi Sifu Investor. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke pautan berikut Liga Pelabur Luar Biasa

Lihat Senarai Pembiayaan