Kami adalah syarikat fintech baru yang telah melancarkan Platform Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) yang fokus kepada sektor kewangan mikro (golongan B40 dan kumpulan pendapatan M40 yang berpendapatan lebih rendah) di mana Penerbit/Peminjam (“Issuer”) boleh mengumpul dana dari khalayak ramai tanpa kerumitan.
Kami baru sahaja memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk mengendalikan platform pembiayaan P2P. microLEAP juga telah tersenarai antara 18 pasukan teratas dalam UNCDF’s Financial Innovation B40 Challenge. Kami juga tersenarai antara 11 pasukan teratas dalam 1337 Ventures’ Alpha Startups: Fintech Edition.
Kami membantu untuk anda berkembang dan mencapai objektif professional anda. Kami juga menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil peluang ini dan bersama-sama berjaya dengan syarikat fintech baru ini.
Lihat kekosongan di bawah dan hantar CV/Resume anda ke jobs@microleapasia.com