‘Pembiayaan Berkumpulan’ telah dicipta oleh Grameen Bank dan pengasasnya Dr Muhammad Yunus (dianggap sebagai wajah pembiayaan mikro moden) pada tahun 1970-an. Pembiayaan secara individu diberikan kepada sekumpulan 5 peminjam, kebanyakannya wanita, yang mungkin mempunyai keperluan pembiayaan yang berbeza. Secara mingguan, peminjam bertemu dengan wakil dari bank dan pembayaran mingguan mereka dikumpulkan.
Sekiranya satu atau lebih ahli kumpulan gagal dalam pembayaran balik mereka, maka ia akan menjejaskan keupayaan keseluruhan kumpulan untuk meminta lebih banyak pembiayaan. Oleh itu, ahli yang lain wajib memastikan bahawa semua ahli membayar tepat pada masanya. Bentuk tekanan rakan setara atau sokongan rakan setara telah berjaya dan mengurangkan ratio pinjaman bermasalah.
microLEAP telah mendigitalkan aspek-aspek tertentu dari ‘model Pinjaman Grameen’ dan menyebutnya sebagai Pembiayaan Berkumpulan. Di bawah Pembiayaan Berkumpulan, kami menawarkan pembiayaan mikro kepada perniagaan yang tidak mempunyai sejarah kredit yang baik (disebabkan penggunaan wang tunai sahaja) atau baru sahaja didaftarkan di SSM.
Syarat-syarat –
- Penerbit/Peminjam mempunyai perniagaan/perusahaan seperti di bawah Peraturan SC, platform ini tidak boleh digunakan untuk mendapat pembiayaan bagi tujuan peribadi.
- Penerbit/Peminjam perlu berkumpul bersama-sama untuk membentuk sekumpulan 5 perniagaan, yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Penerbit.
- Penerbit perlu mengenali ahli Kumpulan yang lain sama ada sebagai rakan atau kenalan. Ini adalah penting untuk perpaduan kumpulan dan tekanan rakan setara untuk bekerja. microLEAP akan memeriksa alamat perniagaan mereka dan memastikan mereka berada dalam komuniti atau bandar yang sama.
- Jika Penerbit/Peminjam dalam Kumpulan mungkir pembayaran mereka, maka ahli lain akan mendapat kredit negatif dan ini akan memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk mengumpul lebih banyak dana daripada microLEAP pada masa akan datang.